17 pelajar kantoi di 'private party'

Iklan
Polis melakukan pemeriksaan di sebuah kondominium mewah di Jalan Sultan Ismail awal pagi kelmarin.

KUALA LUMPUR - Seramai 17 pelajar sekolah termasuk tiga pelajar perempuan antara 22 individu ditahan dalam serbuan aktiviti 'private party' di sebuah kondominium mewah di Jalan Sultan Ismail awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, pelbagai jenis dadah dan cecair dipercayai air ketum turut ditemui dalam serbuan itu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi menyerbu unit kondominium itu kira-kira jam 3 pagi.

Dalam pemeriksaan dijalankan, polis turut menahan lima warga tempatan termasuk seorang wanita, kesemua ditahan berusia antara 15 dan 22 tahun.

Iklan
Polis melakukan pemeriksaan di sebuah kondominium mewah di Jalan Sultan Ismail awal pagi kelmarin.

"Polis menemui dan merampas dua paket plastik disyaki dadah jenis Ketamin (anggaran berat 1.8 gram), tiga biji pil Ecstasy (anggaran berat 1 gram) dan dua biji pil Erimin 5 (anggaran berat 0.6 gram).

"Turut dirampas satu botol cecair ketum dan ketulan mampat daun kering dipercayai ganja seberat 4.3 gram," katanya.

Iklan

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing dijalankan mendapati enam individu termasuk seorang perempuan positif dadah.

Polis melakukan pemeriksaan di sebuah kondominium mewah di Jalan Sultan Ismail awal pagi kelmarin.

Menurutnya, kesemua tangkapan direman selama empat hari bermula semalam hingga Khamis ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau dalam pada itu menggesa ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap setiap pergaulan dan aktiviti anak-anak bagi mengelakkan terjerumus dalam kegiatan menyalahi undang-undang.