TAWAU - Tindakan pantas bomba mengawal kebakaran sebuah kedai perabot di bangunan bertingkat di Sabindo di sini, berjaya menyelamatkan lebih 10 kedai lain di kawasan itu, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata dalam kejadian itu hanya kedai perabot berkenaan musnah 100 peratus.
Iklan
Iklan
"Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada 6.29 pagi dan seramai 14 anggota diketuai Syed Salipudin Habib Taha menggunakan empat jentera bomba," katanya ketika dihubungi.
Sharudy berkata kebakaran itu terkawal pada 6.50 pagi dan operasi ditamatkan pada 7.29 pagi.
Menurutnya, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan terlibat dan siasatan mengenai punca kejadian dijalankan.- Bernama