Pasangan kekasih diberkas terlibat kegiatan edar dadah

Iklan
Polis merampas dadah disyaki ganja dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Haji Kassan, Kuching, Sarawak, semalam.

KUCHING - Sepasang kekasih yang dipercayai terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah dicekup bersama seorang rakan dalam serbuan di sebuah rumah di Tabuan Jaya Baru Phase 1, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superintendan Sahar Abd Latif berkata, serbuan kira-kira jam 7 petang dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hasil maklumat dan risikan.

Iklan
Iklan

Katanya, serbuan berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 27 hingga 34 tahun di dalam bilik tidur di tingkat atas rumah terbabit.

"Hasil soal siasat, dengan dipandu arah salah seorang suspek lelaki disyaki pengedar itu membawa pihak berkuasa ke sebuah rumah di Jalan Haji Kassan, Kuching. Setibanya di rumah tersebut, suspek telah mengambil satu beg kertas yang disembunyikan di atas siling rumah bahagian dapur.

Iklan

"Pemeriksaan mendapati terdapat satu beg plastik lut sinar berusi dua ketulan mampat daun kering ganja seberat kira-kira 404.40 gram.

"Dadah ini dianggarkan bernilai RM6,900 dan dipercayai akan diedar di sekitar Kuching," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Iklan

Beliau berkata, ujian saringan air kencing juga mendapati salah seorang suspek terbabit positif dadah, manakala dua lagi negatif.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan pihaknya percaya aktiviti pengedaran dadah itu bermula pada tahun 2017.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.