RM3.04 juta dadah dirampas di Pasir Mas

Iklan

PASIR MAS - Polis Pasir Mas berjaya merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan berjumlah RM3.04 juta sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, pil kuda ialah jenis dadah yang paling tinggi berjaya dirampas sepanjang tempoh tersebut.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati pil kuda ialah dadah pilihan utama untuk melampiaskan nafsu ketagihan mereka dan pengambilan pil kuda dalam kalangan penagih dikesan seawal usia 15 tahun dan ke atas.

"Bagaimanapun, berpandukan kepada tangkapan yang dilakukan ada dalam kalangan penagih berusia 60 tahun," katanya

Iklan

Menurutnya, dadah jenis syabu turut menjadi pilihan penagih dan polis akan terus melipat gandakan operasi dalam membanteras pengedaran dadah di daerah ini.

"Kita berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat bagi membanteras pengedaran dadah," katanya.

Iklan

Abdullah berkata, selain dadah pihaknya turut membanteras penyalahgunaan ketum yang menjadi pilihan terbaru dalam kalangan penagih ketika ini.