KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) melantik Aznan Abdul Aziz sebagai Penolong Gabenor yang baharu, berkuat kuasa 1 Julai, 2019.
Dalam kenyataan di sini, bank pusat itu berkata Aznan bertanggungjawab ke atas Pengawasan Pembayaran, Pengawalseliaan Konglomerat Kewangan, Pengawalseliaan Perbankan serta Pengawalseliaan Insurans dan Takaful serta Jabatan Risiko dan Jabatan Penyeliaan Teknologi.