KOTA KINABALU - Dua ditahan manakala tiga lagi diburu polis, bagi membantu siasatan kes samun bersenjata di sebuah rumah banglo di Sembulan yang menyebabkan anggaran kerugian RM80,000 di sini pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata penangkapan dua daripada lima lelaki itu berjaya dilakukan hasil siasatan dan risikan pikanya di kawasan Plaza 2 Lyuang di sini, pada Sabtu.