Bawa suami baharu mencuri di kedai bekas suami

Iklan
Wanita warga Laos bersama suaminya mengaku salah mencuri alat ganti motosikal di kedai milik bekas suaminya.

KUALA TERENGGANU- Seorang wanita warga Laos dipenjara enam bulan manakala suaminya dihukum setahun penjara di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mencuri pelbagai alat ganti motosikal bernilai keseluruhan RM10,000 milik kedai alat ganti bekas suaminya.

Keputusan dibuat selepas Pheatmany Loungshalat, 31, dan suami, Nik Alizan Haris Nik Soh, 32, mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama mencuri lima unit blok enjin, lima unit head enjin, 35 unit spark plug, lapan botol minyak enjin jenama Silkolene, dua botol minyak enjin 2T jenama Hi-Rev, dua botol minyak enjin jenama Motul dan dua botol spraycat warna hitam bernilai 10,000 milik Ong Chen Seng, 41.

Mereka bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di kedai alat ganti motosikal di Jalan Kelantan, di sini, kira-kira jam 6.29 pagi, pada 5 April lalu.

Iklan

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full di hadapan Majistert Abdul Hayyi Salim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Iklan