Ibu dera 3 anak kandung ditahan selepas 2 bulan menghilang

Iklan

GEORGETOWN - Seorang wanita yang diburu lebih dua bulan lepas kerana disyaki mendera anak kandungnya telah berjaya ditahan polis di Rumah Transit Uda, Tanjong Tokong di sini semalam ketika balik melawat anak-anaknya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata wanita berusia 42 tahun itu ditahan ketika balik ke rumah ibu kandungnya hasil risikan dan intipan yang dijalankan pihak polis sejak kes itu dilaporkan 16 April lepas.

Iklan
Iklan

"Polis telah lama menjalankan pemerhatian di kawasan rumah ibu wanita itu kerana tiga anaknya tinggal bersama nenek mereka dan semalam wanita itu balik di rumah berkenaan sebelum kita berjaya menahannya," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, polis sudah mendapatkan perintah reman selama dua hari terhadap wanita itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Iklan

"Polis melengkapkan kertas siasatan kes itu dan menyerahkan kepada pihak Timbalan Pendakwaraya untuk arahan selanjutnya.

Menurut Che Zaimani, wanita berkenaan disyaki mendera anak kandungnya yang berusia 11, 7 dan 2 tahun di rumah mereka di Rumah Transit Uda, Tanjong Tokong di sini sejak April lalu.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Polis cari ibu tunggal dipercayai dera tiga anak

Seorang anak perempuan suspek yang berusia 11 tahun mengalami lebam pada tangan dan paha manakala dua lagi anak suspek tidak mengalami kecederaan.

Laporan polis mengenai kejadian itu dibuat oleh ibu suspek selepas bimbang keselamatan cucu-cucunya kerana suspek didakwa turut mengugut akan mencederakan tiga anaknya itu. - Bernama