PKR enggan layan desakan, tuduhan: Saifuddin

Iklan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pembangunan Industri Kewangan Malaysia Bhd (MIDF) 2019 hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu mengambil langkah enggan melayan sebarang desakan mahupun tuduhan membabitkan kepimpinan tertinggi parti.

Sebaliknya, beliau berkata PKR menganggap semua yang berlaku sebagai asam garam yang perlu dihadapi dan diterima oleh parti.

Iklan
Iklan

Mengenai terdapat desakan pemimpin politik supaya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Saifuddin menyifatkan perkara itu tidak perlu dibangkitkan kerana sudah jelas.

"Berdasarkan Konvensyen Pakatan Harapan pada 6 Jan 2018, tiga perkara telah dipersetujui, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai pengganti Perdana Menteri.

Iklan

"Setakat ini, dua perkara sudah kerajaan laksanakan...hanya tinggal satu lagi, jadi tunggu lah,” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) di sini hari ini.

Menurutnya lagi, PKR tidak perlu melayan desakan mana-mana pihak termasuk Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Mohd Shaid Rosli yang mendesak Dr Wan Azizah meletak jawatan terlebih dahulu jika PKR mahu peralihan kuasa di antara Dr Mahathir dan Anwar berlaku. - Bernama

Iklan