Anwar tidak setuju dengan kenyataan SU politiknya

Iklan
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang menggesa Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan jawatan sekiranya video intim mengaitkan dirinya itu benar.

Beliau menggesa pimpinan dan ahli parti supaya menggunakan saluran yang betul dan menyerahkan tugas siasatan isu itu kepada polis.

Iklan
Iklan

"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Saudara Farhash Wafa berkenaan isu video serta kedudukan Datuk Seri Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR," katanya.

Hari ini, Farhash Wafa yang juga merupakan Pengerusi PKR Perak menggesa Mohamed Azmin meletakkan jawatan sekiranya terbukti bersalah.

Iklan

Katanya, ia adalah tindakan mulia sekiranya Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu lakukan selepas dikaitkan dengan penyebaran video intim melibatkan dirinya.

Tambahnya, setiap orang dalam parti akan bersependapat dengan gesaan itu.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya yakin kerja orang dalam'