KLCC pasak bumi Malaysia

Iklan
KLCC

CUITAN Twitter peribadi pelakon terkenal Hollywood, Kevin Hart tentang Menara Berkembar Petronas KLCC pada minggu lalu, cukup mengesankan. Cuitan ringkas itu turut menampilkan gambar Hart berlatar belakangkan Menara KLCC.

Cuitan tersebut membuktikan Menara KLCC yang dibina hasil cetusan idea Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ialah sebuah satu monumen klasik bertaraf dunia. Menara KLCC turut menjadi lokasi penggambaran idaman pengarah terkenal termasuk filem James Bond, Entrapment yang menampilkan dua nama besar Hollywood, Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones.

Iklan
Iklan

Sebenarnya Malaysia sering dipilih lokasi penggambaran Hollywood dan Bollywood. Filem terkenal seperti Indochine (1992), Beyond Rangoon (1995), Anna & The King (1999) dan The Sleeping Dictionary (2003) telah menjadikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran. Namun, penulis lebih tertarik dengan cuitan Hart yang sekali gus melonjakkan populariti Menara KLCC.

Menara KLCC dibina oleh jurubina kelahiran Argentina, Cesar Pelli di atas tapak asal Kelab Lumba Kuda Jalan Ampang Kuala Lumpur. Menara KLCC pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia pada abad ke-20 atau lebih tepat sehingga 2015. Siap dibina pada 1998 dengan ketinggian 451.9 meter. Menara ini memiliki kedalaman binaan konkrit 120 meter dan mengambil 12 bulan untuk disiapkan oleh Bachy Soletanche. Menara KLCC setinggi 88 tingkat ini menerapkan konsep Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Keratan rentas pada kedua-dua Menara KLCC yang berbentuk Rub el Hizb, juga cukup mempesonakan mata memandang.

Iklan

Menara KLCC diperbuat daripada struktur bangunan komposit sentiasa berada dalam senarai wajib dilawati oleh hampir pelawat asing yang berkunjung ke Kuala Lumpur. Penulis sendiri acapkali membawa sahabat akademi dari universiti luar negara untuk melawat Menara KLCC. Ulasan spontan biasanya cukup menggetarkan kerana mereka jelas amat mengagumi KLCC.

Menara KLCC kali pertama dipintas sebagai bangunan tertinggi di dunia oleh Guangdong Building di Tianjin, China yang siap pada 2016. Ketika ini, Menara KLCC kekal dengan status menara berkembar tertinggi di dunia. Di sinilah penulis mengakui kehebatan Tun Dr Mahathir yang secara peribadi ‘turun padang’ memantau proses pembinaan Menara KLCC.

Iklan

Paling menarik, kebanyakan bangunan tinggi dibina di kawasan garisan sesaran aktif yang sering berlaku taufan dan tsunami. Disebabkan oleh faktor ini, jurutera mereka bentuk bangunan tinggi menggunakan peranti peredam dinamik bagi menambah kekuatan struktur, selain mengatasi gangguan bencana.

Laporan Council Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) 2018 Issue III menyebut tiga komponen utama dalam reka bentuk bangunan tinggi adalah jisim, kekakuan dan redaman. Kebiasaannya, jisim dan kekakuan adalah unsur paling biasa diubahsuai mengikut faktor keperluan dan alam sekiling bagi meningkatkan prestasi bangunan.

Pengaruh redaman dapat difahami bermula daripada teori dasar dinamik bangunan dan redaman intrinsik. Kesan sistem redaman ini juga akan bertindakbalas terhadap hentaman angin (wind loading) dan gegaran sesaran. Penggunaan teknologi penyelesaian berasaskan kepada peningkatan keselesaan dan getaran penghunian bangunan ada pada Menara KLCC.

Merujuk kepada pembinaan Menara KLCC, perancangan mereka bentuk pembinaannya memakan masa setahun bermula pada Januari 1992. Tapak asas cerucuk Menara KLCC sedalam 30 meter di bawah paras laut atau lebih kurang 26,400 meter padu konkrit. Sejumlah 104 batang cerucuk gergasi bersambung ke dalam bumi bagi setiap pacuan. Cerucuk sedalam lebih kurang 723 meter iaitu dua kali ganda berbanding ketinggian bangunannya adalah yang terdalam di Asia Tenggara. Ini membuatkan Menara KLCC berdiri megah tanpa gangguan umpama sebuah gunung setinggi 450 meter, sekali gus menjadi pasak bumi Malaysia. Struktur kekuatan Menara KLCC juga mampu menyerap gegaran.

ALLAH SWT memberi gambaran bahawa muka bumi ini memerlukan pasak bagi mengekalkan ia sebagai sebuah hamparan yang tenteram sebagaimana difirmakan dalam Surah Al-Naba (78:6-7) bermaksud:"Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak?” ALLAH menambah lagi dalam Surah Al-Nahl (16:15) yang maksudnya:"Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.”

Begitupun, penulis ingin menitipkan pesanan buat para jurutera supaya jangan berbangga dan sombong dengan karya yang dianggap ‘masterpiece’ kerana semua hasil usaha kita adalah kurniaan Yang Maha Kuasa.* Penulis ialah Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor (Unisel).