TOKYO - Gempa bumi dengan kekuatan 6.4 magnitud menggegar Jepun semalam dan mencetuskan amaran tsunami yang kemudian ditarik balik dengan tiada laporan kerosakan besar direkodkan.
Agensi Meteorologi menarik semula amaran tsunami selepas hanya ombak kecil 10 sentimeter dikesan di sepanjang Laut Jepun, utara Tokyo.
Iklan
Iklan
Menurut pihak berkuasa tempatan, sekurang-kurangnya 16 orang cedera ekoran gempa yang berlaku pada jam 10.22 malam (waktu tempatan) itu.
Perdana Menteri Shinzo Abe berkata, kerajaannya akan berada dalam keadaan berjaga-jaga sebagai persediaan menjalankan operasi menyelamat sekiranya diperlukan dan memberi amaran kepada penduduk agar berhati-hati dengan gegaran susulan.
Terletak di Lingkaran Api Pasifik, Jepun seringkali dilanda gempa, pada 11 Mac tahun 2011, gempa bumi berukuran 9.0 magnitud menggegarkan dasar Lautan Pasifik, mengakibatkan kerosakan teruk dan meragut ribuan nyawa. - AFP