Nenek mangsa harap perkara sama tak berulang
Iklan
Mangsa mengalami luka di muka, tangan dan kaki akibat kemalangan tersebut.
SUNGAI PETANI - Mangsa kemalangan di Flat Paya Nahu hanya boleh minum susu dan makan nestum kerana masih mengalami bengkak di bahagian mulut.
Nenek mangsa, T Teleyamal, 63, berkata, cucunya, Mirulaleena, 8, masih trauma dengan kejadian dan kini diberikan penjagaan eksklusif agar sembuh segera.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mangsa hanya boleh menggerakkan bibir dan bercakap jika perlu, selebihnya dia lebih banyak berehat dan tidur selepas diberikan ubat.
"Terima kasih polis melawat cucu saya dan diharapkan polis ambil tindakan segera bagi mengelakkan perkara ini berlaku lagi," katanya.
Iklan
Mirulaleena menerima kehadiran Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah lebih kurang jam 8.30 pagi tadi.
Adzli bersama pegawai dan anggota mengambil masa kira-kira 10 minit untuk melihat keadaan mangsa selain bertanya khabar keadaan masyarakat di flat berkenaan.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Kes gaduh di Flat Paya Nahu berpunca daripada 'mat rempit'
Dalam kunjungan sama, Adzli turut berjanji untuk meningkatkan penguatkuasaan agar kejadian itu ditanggani segera.
Turut diadakan, satu dialog anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda bersama penduduk Flat Paya Nahu jam 9 malam nanti.
16 Jun lalu, satu insiden pergaduhan berlaku dalam kejadian jam 5 petang berpunca daripada kemarahan atas kecederaan dialami seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun akibat kemalangan.
Pergaduhan tercetus setelah melihat kanak-kanak terbabit yang sedang berjalan kaki, terjatuh dilanggar penunggang motosikal yang mempamerkan aksi bahaya.
Dalam kejadian sama, seorang lelaki berusia 45 tahun luka di kepala dipercayai dipukul menggunakan kayu berpaku dalam pergaduhan terbabit.
Lima lelaki berusia 19 hingga 41 tahun ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam