Bagi tumpuan dengan saranan Kit Siang

Iklan
Shazni Munir Mohd Ithnin

KUALA LUMPUR - Amanah menyokong dan menyifatkan peringatan tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai retrospektif agar kerajaan PH berusaha lebih kuat lagi untuk menjamin kesejahteraan rakyat pasca Malaysia Baharu.

Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pandangan Kit Siang itu harus diberi tumpuan serius terutamanya aspek kos sara hidup rakyat yang masih belum mencapai tahap selesa seperti diharapkan pengundi sebelum 9 Mei.

Iklan
Iklan

Beliau secara jujurnya mengakui, sememangnya wujud kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki segera.

"Kos sara hidup rakyat misalnya. Rakyat umumnya masih belum lagi memperoleh taraf hidup terbaik yang mereka cita-citakan. Peluang pekerjaan juga masih menjadi dilema warga muda yang perlu diambil perhatian serius.

Iklan

"Umum maklum, wujud kekangan-kekangan kewangan akibat keborosan kerajaan terdahulu. Namun, tempoh enam bulan seharusnya cukup untuk kita (PH) terokai sumber-sumber pendapatan baharu yang boleh dimanfaatkan untuk menaik taraf kehidupan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Kit Siang sebelum ini menyatakan tidak teragak-agak untuk meninggalkan kerajaan sekiranya objektif mencapai Malaysia baharu diabaikan PH.

Iklan

Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, pemimpin DAP di dalam kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam membina Malaysia baharu.

Malah, Kit Siang menegaskan pemimpin DAP tidak akan menjadi seperti MCA yang lemah.