Haziq bimbang terima nasib sama seperti Altantuya

Iklan
Haziq

SHAH ALAM - Haziq Abdullah Abdul Aziz iaitu lelaki yang mengaku terlibat dalam video intim dengan individu mirip menteri Kabinet bimbang mengalami nasib sama seperti model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada 2006.

Dia yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa terdapat beberapa pihak yang mampu melakukan tindakan luar dugaan supaya dia tidak bersuara.

Iklan
Iklan

"Ia memang berisiko tetapi saya lebih rela menjadi tumpuan daripada menderita dan mengalami nasib sama seperti Altantuya Shaariibuu,” katanya menerusi temubual eksklusif disiarkan oleh sebuah portal berita di sini hari ini.

Pada 12 Jun lalu, Haziq membuat pengakuan mengejutkan apabila bersumpah dia ialah individu dalam klip video intim bersama seorang lelaki mirip seorang menteri Kabinet.

Iklan

Haziq yang kini berusia 27 telah memuat naik video pengakuan itu berdurasi 30 saat itu di akaun Facebooknya dan turut menamakan seorang menteri yang juga pemimpin kanan sebuah parti kerajaan terlibat.

Menerusi video tersebut, perlakuan itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points di Sandakan, Sabah ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan.

Iklan

Pada Jumaat lalu, Haziq ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dia ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semasa berada di terminal pelepasan antarabangsa untuk ke Manila, Filipina.

Haziq kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas 24 jam ditahan bagi membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya juga mangsa, kata Haziq

Haziq di HKL, dijangka dibebaskan dengan jaminan polis