Wanita Kedah ditahan di Jepun kerana dadah

Iklan
Kamarul Zaman ditemui ketika sidang media di Bukit Aman hari ini.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Jepun kerana membawa dadah jenis syabu pada 28 Mei lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, wanita berusia 23 tahun itu berasal dari Kedah.

Iklan
Iklan

"Penahanan berkenaan dimaklumkan pihak berkuasa Jepun dan kami sedang menjalankan siasatan lanjut berkenaan perkara itu," katanya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, wanita itu terjebak dengan jenayah terbabit selepas berkenalan dengan seorang lelaki Nigeria melalui aplikasi Tik Tok.

Iklan

"Wanita itu juga dipercayai menjalin hubungan cinta dan lelaki Nigeria tersebut dengan menawarkan percutian dan menanggung tiket penerbangan serta penginapan.

"Namun sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, wanita itu ditahan berikutan penemuan dadah yang disorok dalam bagasinya.

Iklan

"Keluarga wanita itu dimaklumkan tentang penahanannya dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.