Video intim: PH Perak tak masuk campur

Iklan
Ahmad Faizal Azumu

IPOH - PH Perak mengambil pendirian untuk tidak mencampuri urusan yang di luar kawalan mereka termasuklah klip video tular aksi seksual dua lelaki, seorang daripadanya didakwa menyerupai Menteri.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, dalam hal itu, semua pihak perlu memberi keyakinan yang penuh kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan sedalamnya.

Iklan
Iklan

"Semua orang tahu bahawa ianya masih di bawah siasatan polis, sudah tentu mereka akan beri kenyataan sekiranya menemui sesuatu dalam siasatan.

"Jadi tak perlulah kita fikirkan perkara yang diluar kawalan, tak perlu juga kita nak bincang topik yang sama di warung-warung atau sebagainya, kita tak boleh buat apa-apa pun,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat dan pemimpin kerajaan, adalah lebih baik mereka fokus kepada tugas dan tanggungjawab untuk membangunkan negeri.

"Contohnya Perak menang 3-1 malam tadi, bukankah pasukan kita sudah ada peningkatan, tidak lagi seri dalam permainan,” katanya merujuk kepada perlawanan bola sepak antara Perak menentang Terengganu FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak malam tadi.

Iklan

Semalam, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meluahkan keyakinan bahawa penularan video seks kontroversi yang dikaitkan dengannya dilakukan oleh pihak dalaman parti.