SHAH ALAM - Laporan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) mendedahkan empat suspek dikenal pasti sebagai perancang utama insiden Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada tahun 2014.
Ia dilaporkan dalam satu sidang media di Belanda, hari ini.
Memetik Harian Metro, pasukan penyiasat JIT berkata tiga suspek adalah warga Rusia, manakala seorang warga Ukraine.
"Semuanya bekerja untuk agensi perisikan tentera (GRU) dari puak pemisah Donetsk People's Republic ketika kejadian.
"Igor Girkin digelar 'Menteri Pertahanan' untuk wilayah Donetsk,” katanya.
JIT menambah, tiga daripada suspek aktif dalam gerakan bersenjata
"Pendakwa raya akan dakwa empat suspek yang menjadi perancang utama dalam kejadian di Mahkamah Jenayah Belanda,” katanya.
Pesawat Malaysian Airlines itu meletup di udara ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai 2014.
Semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda serta anak kapal terbunuh. Penumpang lain membabitkan rakyat Australian, Britain, Malaysia dan Indonesia.
ARTIKEL BERKAITAN:
Empat dalang tembak jatuh MH17 didakwa membunuh
Keluarga mangsa MH17 tuduh Putin dalang sebenar tragedi