BELANDA - Waris mangsa tragedi MH17 menamakan Presiden Russia Vladimir Putin sebagai dalang utama insiden berkenaan.
Ibu kepada anak lelaki dan menantu yang terbunuh dalam nahas terbabit Silene Fredriksz memberitahu wartawan, kejadian tersebut berlaku kerana presiden itu.
"Dia mewujudkan situasi ini dan dia adalah orang penting yang bertanggungjawab,” katanya selepas anggota keluarga diberi taklimat berkenaan insiden dalam satu sidang media di Belanda, hari ini.
Menerusi laporan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) empat suspek didakwa atas tuduhan membunuh selepas menembak jatuh pesawat MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) di timur Ukraine pada 2014 akan dibicarakan seawal tahun depan.
Empat individu yang dinamakan Pasukan Penyiasatan Bersama Antarabangsa (JIT) adalah Igor Gerkin, Sergey Dubinsky, Oieg Pulatov dari Russia manakala Leonid Kharchenko, seorang warganegara Ukraine. - AFP
ARTIKEL BERKAITAN:
Empat perancang utama MH17 dikenal pasti
Empat dalang tembak jatuh MH17 didakwa membunuh
Suspek utama MH17 nafi penglibatan pemberontak Ukraine
Info ringkas suspek perancang tembak MH17