Hadir ke mahkamah atau dikenakan waran tangkap tanpa jaminan

Iklan
Zakir

MUMBAI - Mahkamah di India hari ini mengarahkan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik hadir di mahkamah pada 31 Julai depan atau berdepan risiko dikenakan waran tangkap.

Mahkamah Pencegahan Pengubahan Wang Haram (PMLA) dalam satu kenyataan berkata, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap tanpa jaminan terhadap pendakwah itu jika gagal hadir di mahkamah.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Mahkamah PMLA mengeluarkan waran tangkap tanpa jaminan terhadap Dr Zakir Naik membabitkan agensi pemeriksaan kewangan kerajaan India (ED).

ED sebelum ini mendakwa Dr Zakir Naik terlibat dalam pengubahan wang haram di India bernilai INR193 crore (RM115 juta).

Iklan

Isnin lalu, Kerajaan Malaysia mengumumkan akan mengadakan perbincangan terperinci di dalam Kabinet berhubung proses menghantar pulang pendakwah itu sekiranya menerima permohonan secara rasmi daripada Kerajaan India.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Zakir Naik dibawa ke Kabinet

Iklan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata langkah-langkah sewajarnya akan diambil berhubung proses mengekstradisi pendakwah itu kerana ia membabitkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan India.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata Malaysia tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India.

ARTIKEL BERKAITAN: PM banding status Zakir dengan ekstradisi Sirul

Dr Mahathir menegaskan Malaysia mempunyai hak sama ada mahu menghantar pulang atau tidak pendakwah terkenal itu ke negara asalnya selepas New Delhi dilihat begitu terdesak untuk menahan Dr Zakir Naik atas tuduhan pengubahan wang haram di India.