Mahasiswa dibelasah depan restoran makanan segera

Iklan
Screenshot Video yang berdurasi 27 saat itu yang memaparkan pergaduhan di kawasan restoran makanan segera yang tular di media sosial.

KUANTAN - Seorang mahasiswa sebuah institut pengajian tinggi dibelasah sekumpulan lelaki di pekarangan restoran makanan segera di Sungai Isap, Kuantan malam tadi.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa yang berusia 20 tahun itu dikatakan didatangi kira-kira 12 lelaki yang menumbuk muka mangsa dan menendangnya.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa dihubungi bapa saudara bekas tunangnya kira-kira jam 8 malam untuk mengadakan pertemuan bersamanya di restoran makanan segera tersebut.

Sumber berkata, mangsa juga meminta agar individu tersebut membawa bekas tunangnya sebelum dia didatangi tiga buah kereta.

Iklan

Tambahnya, kumpulan lelaki dalam kereta berkenaan bertindak menyerang mangsa dan rakannya dengan tiba-tiba selepas salah seorang daripada mereka bertanyakan nama mangsa.

Kejadian itu menyebabkan mangsa dan rakannya cedera sebelum laporan polis dibuat.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, beberapa suspek yang terbabit dalam pergaduhan itu telah ditahan bagi membantu siasatan.

Aksi pergaduhan itu turut tular di media sosial Facebook (FB) dipercayai dirakam pelanggan di restoran tersebut.

Rakaman video berdurasi 27 saat itu telah mendapat tontotan mencecah 95,000 sejak ia dipaparkan pada jam 11.35 malam tadi yang tular di laman sosial facebook.