13 ditahan dalam Ops Sarang di Kuala Pilah

Iklan
Suspek ditahan sekitar Kuala Pilah, Tanjung Ipoh dan Seri Menanti.

KUALA PILAH - Seramai 13 lelaki ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah dalam Ops Sarang di tiga lokasi berasingan, bermula Isnin hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, operasi tiga hari itu melibatkan kawasan Kuala Pilah, Tanjung Ipoh dan Seri Menanti.

Iklan
Iklan

"Dalam operasi itu, tiga lelaki ditahan kerana memiliki dadah, manakala 10 lelaki lain yang ditahan kerana didapati positif dadah.

"Polis turut merampas heroin dengan anggaran berat 52.12 gram bernilai RM1,700 dan syabu seberat 2.7 gram bernilai RM250," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan
Antara dadah yang dirampas dalam serbuan itu. Gambar kecil: Haslah

Haslah berkata, suspek yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) juga di bawah Akta yang sama.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 38 hingga 55 tahun itu direman empat hingga 14 hari oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah bagi melengkapkan siasatan.

Iklan

"Operasi tersebut untuk membenteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar Kuala Pilah bagi kesejahteraan dan ketenteraman awam," katanya.

Kesemua suspek direman empat hingga 14 hari oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah bagi melengkapkan siasatan.