Pelatih Giat Mara Jerantut maut kereta terbabas

Iklan
Pihak bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. - FOTO IHSAN BOMBA

JERANTUT - Seorang pelatih Giat Mara Jerantut maut selepas kereta yang dinaiki terbabas dalam kemalangan di Kilometer 8, Jalan Jerantut-Temerloh di Kampung Temin, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, tiga lagi pelatih dari pusat terbabit cedera parah akibat kemalangan tersebut.

Iklan
Iklan

Mangsa, Muhamad Mazrul Umar, 18, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh pada jam 4.30 pagi tadi.

Tiga lagi mangsa yang parah dikenali sebagai Ruzaini Abdullah, 24; Muhammad Aiman Zulkefli, 19, dan Muhammad Izwan Syafar Mohamad Izaini, 19.

Iklan

Ketua Polis daerah, Superintendan Mazlan Hassan berkata, kereta jenis Ford Laser yang dinaiki oleh empat pelatih Giat Mara Jerantut itu dipercayai dipandu laju sebelum terbabas.

"Kereta yang dipandu oleh Ruzaini hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik di sebelah kiri jalan dari arah Jerantut ke Temerloh.

Iklan

"Kenderaan mereka remuk teruk dan pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.