Usah lakukan sesuatu kerana mengharapkan sanjungan

Iklan
Jangan bersifat riak kerana ia sebenarnya hanya akan merugikan diri sendiri dengan membatalkan segala amal ibadah yang dilakukan. -GAMBAR HIASAN.

ISLAM melarang umatnya bersifat riak dengan apa yang dilakukannya.

Sifat riak sebenarnya hanya akan merugikan diri sendiri sahaja kerana membatalkan segala amal ibadah yang dilakukan.

Iklan
Iklan

Imam al-Ghazali telah menegaskan:"Riak ialah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebaikan."

Sebahagian ulama membahagikan riak kepada dua jenis:

Iklan

1. Riak Akbar (riak besar) Seseorang yang melakukan ibadah hanya untuk mendapatkan sanjungan manusia dan bukan untuk mendapat keredaan ALLAH SWT. Riak jenis itu adalah yang paling buruk.

2. Riak Asghar (riak kecil) Ia bermaksud seseorang yang beribadah dengan tujuan mendapat keredaan ALLAH SWT dan juga penghargaan manusia. Ia lebih ringan kerana kategori riyak itu yang bercampur.

Iklan

Apapun, ingatlah bahawa sifat riak sebenarnya mengundang bahaya kerana ia bukan sahaja termasuk sebagai dosa kecil tetapi juga dosa besar.

Rasulullah SAW bersabda:"Mahukah aku khabarkan kepada kalian sesuatu yang lebih aku takutkan terhadap kalian daripada kedatangan dajal?""Bahkan, kami mahu!" jawab para sahabat. Rasulullah SAW bersabda:"Syirik khafi iaitu seseorang solat lalu menghiasi solat kerana seseorang yang memperhatikan solatnya." (Riwayat Ibnu Majah)

Meskipun ramai yang tahu pasal keburukan sifat riak, namun masih tetap melakukannya.

Ya, siapa yang tidak mahu dipuji dan disanjung, bukan?

Namun, setinggi langit pun sanjungan yang diterima, jika tidak disukai oleh ALLAH SWT, tiada gunanya juga.

Sebaiknya, berbuatlah sesuatu yang boleh meningkatkan pahala kita di akhirat kelak.

Justeru, berhati-hatilah dengan pujian dan jangan sampai timbul riak dalam diri atau mengharapkan pujian setiap kali melakukan sesuatu. (Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)