Dera dua beradik: Suami isteri, remaja didakwa

Iklan
Gopal, Rani diiringi oleh polis selepas selesai prosiding hari ini.

PETALING JAYA - Sepasang suami isteri dan seorang remaja didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas empat pertuduhan mendera sepasang beradik, Sabtu lalu.

Bagaimanapun S Gopal dan isterinya, R Rani mengaku tidak bersalah.

Iklan
Iklan

Sementara remaja yang berusia 13 tahun itu mengaku melakukan kesalahan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa bersama-sama memukul dua beradik berusia enam dan tujuh tahun menggunakan kayu sekuriti, paip getah dan wayar kabel pada bahagian kepala, muka, badan, tangan dan kaki.

Iklan

Selain itu mereka juga didakwa meletakkan garpu serta pisau panas pada bahagian punggung, tangan, kaki dan tapak kaki kedua-dua mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik mangsa dera mahu ke sekolah

Iklan

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Pusat Bandar Puchong dekat sini jam 2.45 petang pada 15 Jun lalu.

Sementara itu, Gopal dan Rani masing-masing turut menghadapi dua pertuduhan lain iaitu melakukan pengabaian terhadap kedua-dua mangsa sehingga menyebabkan dua beradik itu mengalami kekurangan zat yang kronik termasuk anemia.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34.

Jika sabit kesalahan, pasangan itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Tan Gin Han kemudian tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Hakim Norshila Kamaruddin membenarkan jaminan RM16,000 terhadap Gopal manakala tiada jaminan dibenarkan terhadap Rani.

Sebagai syarat tambahan, mahkamah memerintahkan agar tertuduh melaporkan diri di baalai polis berdekatan setiap dan tidak mendekati mangsa sekiranya dijamin.

Tarikh serahan dokumen dan lantikan peguam ditetapkan 29 Julai.

Penama kanak-kanak tersebut diperintah ditahan di Asrama Bahagia Kuala Lumpur dan mahkamah menetapkan 25 Julai untuk sebutan bagi laporan akhlak.

Sebelum ini media melaporkan kedua-dua mangsa bersama tertuduh sejak tujuh tahun lalu selepas ditinggalkan ibu bapa mereka yang bercerai.

Mangsa yang kini dirawat di Hospital Serdang mengalami kesan dera hampir di seluruh badan selain dipercayai mengalami kurang zat badan.