PRK Cameron Highlands: BN Pahang serah pada rakyat

Iklan
Wan Rosdy (merah, berdiri) bersama sebahagian penerima bantuan persekolahan TNB, di Dewan Orang Ramai Kuala Medang, hari ini.

KUALA LIPIS - BN Pahang menyerahkan kepada rakyat sepenuhnya untuk membuat pilihan tepat dan bijak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands.

Ini berikutan kekosongan kerusi tersebut selepas penyandangnya, Datuk C Sivarraajh tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan beliau di PRU14 pada 30 November lalu.

Iklan
Iklan

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, BN Pahang bersiap sedia berdepan PRK terbabit selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian pada 26 Januari depan.

Menurutnya, setakat ini senarai calon masih belum dapat dimuktamadkan untuk bertanding di kerusi terbabit namun menyatakan ia kuota milik MIC.

Iklan

"SPR telah buat pengumuman.. Jadi bagi pihak BN Pahang seperti yang telah saya dinyatakan sebelum ini kita bersiap sedia hadapi PRK ini.

"Kita akur dengan keputusan mahkamah dan serahkan kembali kepada rakyat menilai prestasi kita di Cameron Highlands," katanya kepada pemberita hari ini.

Iklan

Beliau ditemui selepas majlis"Kembali ke Sekolah" anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi Dun Jelai dan Dun Tanah Rata di Dewan Orang Ramai Kuala Medang.

Seramai 300 murid dari empat buah sekolah menerima bantuan persekolahan bernilai RM200 setiap satu.

Ujarnya lagi, beliau percaya rakyat akan membuat keputusan bijak dan dapat melihat sendiri apa yang berlaku sejak 9 Mei lalu hingga kini.