YANGON - MYANMAR. Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 43 ekar (17.4 hektar) ladang candu di tiga kawasan perbandaran di timur negeri Shan, lapor agensi berita China Xinhua memetik akhbar Global New Light of Myanmar.
Ladang candu terbabit, dimusnahkan oleh pasukan gabungan polis pada Rabu, meliputi ladang yang terdapat di kampung-kampung dalam perbandaran Hopong, Pinlaung dan Hsihseng.