HONG KONG - Tindakan penunjuk perasaan di Hong Kong memberi laluan kepada ambulans meskipun mereka sedang mengadakan protes besar-besaran mendapat pujian di kalangan pengguna media sosial.
Menurut video pendek berdurasi 33 saat yang dikongsi Agnes Chow Ting di laman Twitter miliknya, ribuan peserta protes berhimpun berhampiran Kompleks Kerajaan Pusat sanggup menunggu kenderaan kecemasan melalui kawasan itu sebelum kembali berhimpun.
Iklan
Iklan
Media tempatan melaporkan, anggota paramedik dihubungi sekitar jam sembilan malam (waktu tempatan) selepas salah seorang penunjuk perasaan pengsan secara tiba-tiba.
Difahamkan, protes diadakan Ahad lalu bertujuan menentang Rang Undang-Undang yang membenarkan ekstradisi ke China selain menggesa pemimpin Carrie Lam meletak jawatan.
Ahli Parlimen Raymond Chan turut berkongsi video pada hari kejadian bersama kapsyen,"Penunjuk perasaan #HongKong adalah yang paling teratur di dunia.”
Sehingga ke hari ini, entri Agnes mendapat lebih 94,000 ciap semula dan lebih 222,000 suka sejak ia dimuat naik tiga hari lalu. - Straits Times
Artikel Berkaitan