Kerja amal untuk pesalah syariah bakal diperkenal di Terengganu

Iklan
Wan Mohd Zakri (empat dari kiri) mendengar penjelasan wakil PPST tentang kerusi roda yang diserahkan kepada mahkamah syariah di negeri ini.

KUALA TERENGGANU - Hukuman alternatif sebagai hukuman tambahan sedia ada bakal diperkenalkan kepada semua pesalah syariah di negeri ini.

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, hukuman alternatif itu termasuk pesalah yang disabitkan kesalahan perlu melakukan kerja-kerja amal yang boleh memberi keinsafan dan pengajaran.

Iklan
Iklan

"Contohnya, pesalah terlibat perlu melakukan kerja-kerja amal seperti membersihkan masjid terpilih dan apa sahaja kerja-kerja amal bersama masyarakat dalam tempoh ditetapkan.

"Hukuman itu bertujuan menimbulkan rasa keinsafan supaya mereka serik mengulangi kesalahan sama," katanya dalam sidang media Majlis Sambutan Aidilfitri Persatuan Peguam Syarie Terengganu (PPST) di Bangunan Mahkamah Syariah di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, pindaan peruntukan hukuman sedia ada wajar dilakukan kerana ia sudah terlalu lama dan tidak sesuai lagi dikuatkuasakan pada masa kini.

"Kita lihat hukuman sedia ada sekarang bagi sesetengah kes nampak tidak memberi kesan yang mendalam kepada pesalah terlibat sama ada hukuman denda mahupun penjara.

Iklan

"Oleh itu, satu keputusan dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Exco Syariah baru-baru ini untuk menjalankan satu kajian merangkumi kesemua enakmen yang ada," katanya.

Bagaimanapun, Wan Mohd Zakri berkata, ia masih dalam peringkat kajian bagi melihat semula hukuman yang wajar dikenakan terhadap pesalah syariah di negeri ini.

"Sama ada penambahbaikan terhadap hukuman sedia ada, namun ia lebih tertumpu kepada mengadakan hukuman alternatif," katanya.

Sementara itu, menurutnya, kesalahan berkhalwat antara jenayah syariah paling tinggi direkodkan di negeri ini.