MOA yakin nanas mampu ikut jejak Musang King

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yakin industri nanas negara terutamanya nanas MD2 berpotensi untuk dimajukan setanding dengan kejayaan durian Musang King susulan popularitinya yang semakin meningkat di pasaran tempatan dan luar negara.

Menterinya Datuk Salahuddin Ayub berkata keyakinan itu dilihat melalui peningkatan eksport nanas sebanyak 56 peratus kepada RM342 juta pada tahun lepas berbanding RM208 juta pada 2017 susulan permintaan yang semakin bertambah dari luar negara.

Iklan
Iklan

"Kita yakin dengan potensi nanas ini dan mahu ia diekspoitasi sebagaimana kejayaan durian Musang King yang berjaya menembusi pasaran China dan negara-negara lain,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Salahuddin mengumumkan Datuk Abdul Malik Abul Kassim telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang baharu, berkuat kuasa 1 Jun lepas.

Iklan

Salahuddin berkata produk nanas Malaysia dieksport ke lebih 20 buah negara antaranya Jepun, Korea, China, Hong Kong, Singapura, Arab Saudi, Iran, Mesir, Jerman dan Perancis.

Menurut Salahuddin, ketika melawat China pada Ogos tahun lepas, beliau melihat potensi nanas yang tinggi untuk dipromosikan dengan lebih rancak di negara berkenaan susulan penerimaan baik dan amat digemari oleh rakyat negara itu.

Iklan

"Nanas dari varieiti lain juga berpotensi untuk dimajukan, seperti negara Timur Tengah yang meminati nanas yang masam berbanding penduduk China yang menggemari nanas lebih manis,” katanya.

Justeru katanya, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu terus komited dan mengambil peluang serta potensi dalam industri nanas yang mendapat permintaan tinggi terutamanya untuk pasaran eksport sekali gus dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada pekebun dan pengusaha terlibat.

"Kerajaan juga meletakkan nanas sebagai sumber rezeki baharu negara memandangkan potensinya yang lumayan kepada pekebun dan pengusaha,” katanya.

Sementara itu, Salahuddin berkata, pelantikan Abdul Malik, yang pernah menggalas jawatan sebagai EXCO kerajaan negeri Pulau Pinang dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, dibuat selaras dengan kuasa yang diberikan dibawah Seksyen 3(2)(a) Akta Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia 1957 (Akta 427). - Bernama