Anwar, Dr Mahathir setuju tiada pertukaran jawatan TPM

Iklan
Anwar bertemu Dr Mahathir di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya tidak dibuat pertukaran kepada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam satu hantaran menerusi akaun Facebooknya pada jam 8.40 malam tadi, Anwar turut berkata, rombakan Kabinet juga tidak diperlukan.

Iklan
Iklan

"Dalam pertemuan itu saya menyatakan persetujuan terhadap pendirian beliau untuk memberi tumpuan kepada program pembangunan negara dan tidak memerlukan pertukaran Timbalan Perdana Menteri dan Kabinet," katanya.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan singkat bersama Dr Mahathir sebelum Perdana Menteri berlepas ke Bangkok, Thailand untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 dan Sidang Kemuncak yang berkaitan dari 20 sehingga 23 Jun ini.

Iklan

Dipercayai kenyataan itu dibuat selepas timbul khabar angin sejak beberapa hari lalu berhubung rombakan Kabinet yang kononnya akan dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Dalam pada itu, Anwar berkata, mereka berdua turut membincangkan isu video intim mirip seorang Menteri Kabinet dengan bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin iaitu Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Iklan

"Saya mengulangi pendirian bahawa PKR menolak budaya politik jijik dan keji serta turut melahirkan rasa simpati terhadap Datuk Seri Azmin Ali dan keluarganya," ujar beliau.

Mengulas lanjut tentang isu berkenaan, Anwar menegaskan adalah tidak wajar untuk memfitnah pihaknya menyebarkan video itu tanpa sebarang asas kerana wujud unsur politik berhubung isu tersebut.

Dalam pada itu, mereka berdua turut menyentuh beberapa isu semasa yang lain dalam pertemuan tersebut.