Buang angin guna bawang putih

Iklan
Bawang putih mampu membuang angin dalam badan.
RAMAI beranggapan bahawa bawang putih selalunya digunakan dalam masakan. Pun begitu, pasti ramai yang tidak tahu bahawa bawang putih jugak bermanfaat untuk kesihatan kita khususnya membuang angin dalam badan.
Angin dalam badan pasti memberi ketidakselesaan kepada anda, perut akan jadi kembung dan boleh melarat ke bahagian kepala.
Jangan risau, kali ini Femina sarankan anda guna bawang putih bagi membuang angin tersebut. Jom cuba!
Iklan
Caranya mudah, ambil beberapa ulas bawang putih dan buang kulitnya. Kemudian hiris bawang putih itu nipis-nipis.

Rebuskan ia bersama dua gelas air putih sehingga berkurangan kepada satu gelas. Selepas itu, siap untuk diminum. Sebaik-baiknya, minum ramuan ini sebulan sekali.

Atau cara lain:
Tumbuk bawang putih, kemudian campurkannya dengan air panas. Tunggu sehingga air bawang keluar barulah minum.

Iklan
Iklan

Iklan