PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan mendedahkan langkah-langkah yang yang diambil dalam usaha mereka menjejaki ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan panggilah Jho Low bagi membantu siasatan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya.
"Bagi maksud strategi dan menjaga bukti, kami tidak dapat mendedahkan kepada anda langkah-langkah yang diambil,” katanya dalam persidangan media pertama yang diadakannya sejak dilantik menerajui SPRM pada 1 Jun lepas, di sini hari ini.