RON97 turun 3 sen, RON95 dan diesel kekal

Iklan

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON97 turun sebanyak 3 sen iaitu daripada RM2.41 seliter kepada RM2.38 seliter, bagi tempoh 22 hingga 28 Jun, bermula tengah malam ini.

Harga RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Iklan
Iklan

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataan hari ini berkata, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan itu menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Penurunan ini berikutan harga petroleum yang diproses di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend penurunan susulan penurunan harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya,” katanya.

Iklan

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya ialah masing-masing RM2.08 dan RM2.19 seliter.

"Namun pengekalan harga runcit petrol itu selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Iklan