'Saya tak akan biar Malaysia dalam keadaan berantakan'

Iklan
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bertekad tidak akan membiarkan negara dalam keadaan berantakan apabila beliau melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri bila tiba masanya nanti.

Pemimpin berumur 93 tahun itu berkata, memang menjadi hasratnya untuk terus bekerja keras buat negara dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

Iklan
Iklan

"Yang pastinya saya tidak akan berlalu meninggalkan (kepimpinan) negara ini dalam keadaan berantakan, seperti yang dilakukan oleh kepimpinan sebelum ini. Jadi saya sedang bekerja keras untuk negara, sedaya upaya, dan diharapkan kita akan dapat membetulkan keadaan dan menyelesaikan semua masalah yang kita warisi (dari kerajaan sebelum ini),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi program ‘The Future of Malaysia and ASEAN’ di Sidang Kemuncak Perniagaan Asean Bloomberg ke-5 di Bangkok hari ini, yang dihoskan oleh ketua koresponden antarabangsa bagi Asia Tenggara Bloomberg Television, Haslinda Amin.

Iklan

Menjawab satu soalan, Dr Mahathir berkata, beliau akan berpegang teguh kepada janjinya untuk menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya sama ada Anwar sudah bersedia untuk memikul jawatan itu, Dr Mahathir berkata: ‘Ia bukan soal sama ada beliau sudah bersedia atau tidak. Saya sudah berjanji, dan saya akan berpegang teguh kepada janji saya”.

Iklan

Dr Mahathir turut menyentuh soal kabinetnya, dengan berkata tidak ada sebarang rombakan jawatan setakat ini, dan beliau akan berbuat demikian hanya sekiranya ada keperluan.

Menjelaskan pendiriannya berhubung perkara itu beliau berkata:"Apabila anda merombak Kabinet, ia akan mengakibatkan kebanyakan orang berasa tersinggung, dan mereka mungkin bertindak balas dengan cara yang menjejaskan hubungan baik.

"... saya tidak suka mengetepikan orang, dan meletakkan muka baharu. Saya tidak pernah melakukannya sebelum ini, dan saya tidak akan buat begitu sekarang.

Dr Mahathir berkata, Kabinetnya bekerjasama dengan baik sebagai satu pasukan.

"Di kebanyakan negara selepas berlaku perubahan kerajaan, akan ada mereka yang dibuang, dan ada yang baharu dimasukkan... semua itu berlaku di negara-negara lain, tapi di Malaysia kita tidak suka kerap kali sangat bertukar menteri.

Ditanya impiannya buat generasi muda Malaysia, Perdana Menteri menyuarakan harapannya agar mereka akan lebih peka dengan pembangunan negara.

"Mereka perlu menyayangi negara, dan sanggup bersama membina Malaysia untuki menjadi sebuah negara maju,” katanya.

Beliau juga berkata generasi negara perlu menghargai generasi sebelum mereka yang memiliki pengalaman yang amat luas. - Bernama