Tujuh GRO wanita warga asing ditahan

Iklan
Polis menjalankan pemeriksaan dokumen wanita warga asing dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di USJ21, Subang Jaya, malam tadi.

SUBANG JAYA - Tujuh wanita terdiri dari lima warga Thailand serta dua Filipina dicekup sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam Ops Noda di USJ 21, malam tadi.

Mereka yang berusia lingkungan 20-an itu dipercayai digaji sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dalam sebuah pusat hiburan di situ.

Iklan
Iklan

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, dalam operasi jam 11.30 malam itu, mereka turut menahan seorang lelaki tempatan yang merupakan penjaga premis serta dua pekerja premis membabitkan lelaki warga Bangladesh.

"Serbuan mendapati pusat hiburan ini telah beroperasi sejak enam bulan lalu.

Iklan

"Difahamkan, premis yang pernah diserbu pada awal April lalu ini memulakan operasi seawal jam 6 petang sehingga jam 12 tengah malam," katanya.

Polis menjalankan pemeriksaan dokumen pengunjung dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di USJ21, Subang Jaya, malam tadi.

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan ada kegiatan seks yang dilakukan GRO terbabit di luar premis.

Iklan

Azmi menambah, ketika serbuan, ada segelintir GRO ini cuba meloloskan diri, namun tindakan itu hanya sia-sia.

"Polis percaya GRO ini mampu mengaut tip berjumlah RM300 sehingga RM400 dalam satu malam.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.