Pemandu lori maut dilanggar lari

Iklan
Lokasi kejadian yang menyaksikan seorang pemandu lori terbunuh selepas menjadi mangsa langgar lari di Kilometer 85, Jalan Lipis-Merapoh dekat Gua Musang pagi tadi.

LIPIS - Seorang pemandu lori terbunuh dalam kejadian langgar lari di Kilometer 85, Jalan Lipis-Merapoh dekat Gua Musang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, S Ghanes Kumar, 23, dari Taman Bintang Cheroh meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis daerah, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati insiden itu berlaku selepas mangsa bersama kelindannya yang berusia 22 tahun dalam perjalanan dari arah Raub menghala ke Gua Musang.

"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah memberhentikan lori jenis Hicom Perkasa yang dipandunya untuk memeriksa kerosakan dihadapi di bahu kiri jalan.

Iklan

"Ketika mangsa sedang memeriksa kerosakan lori itu, datang sebuah lori yang tidak dikenal pasti telah melanggar Ghanes yang ketika itu berada di bahagian sisi kanan lorinya dan terus melambung.

"Lori yang tidak dikenal pasti itu tidak berhenti dan terus meninggalkan lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurutnya, terdapat serpihan komponen lori yang melanggar mangsa di lokasi kejadian dan telah diambil untuk membantu siasatan.

"Kita memohon saksi-saksi kejadian untuk membantu siasatan atau pemandu terbabit menyerahkan diri di balai berhampiran.

"Selain itu pemeriksaan juga diadakan di bengkel-bengkel berhampiran untuk mengesan pemandu dan kenderaan terbabit," katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.