CBP umum pemberian dividen pada kadar 7 peratus

Iklan
Nordin pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MPAT) CBP Ke-60 yang berlangsung di sebuah hotel hari ini.

KUALA LUMPUR - Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Bhd (Co-opbank Persatuan) yang kini dikenali sebagai Co-opbank Pertama (CBP), hari ini mengumumkan pemberian dividen kepada ahlinya pada kadar 7 peratus bagi tahun kewangan 2018 berbanding 6 peratus dua tahun lalu.

Pengumuman dibuat Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh yang menegaskan bahawa pemberian dividen berkenaan paling tinggi sejak lima tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Kalau campur zakat 9.5 peratus, ini satu dividen yang agak tinggi berbanding dividen biasa diberikan syarikat.

"Saya nak ucapkan tahniah kepada CBP kerana dapat mencapai kejayaan cemerlang. Inilah hasil pengurusan baik hingga dapat memberikan dividen tinggi ini," katanya.

Iklan

Beliua berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MPAT) CBP Ke-60 yang berlangsung di sebuah hotel di sini hari ini.

Menurutnya, pemberian dividen yang tinggi dapat menjadikan ahli CBP terus komited untuk melaksanakan tanggungjawab mereka selaras dengan pemberian inisiatif berkenaan.

Iklan

"Saya percaya ahli puas hati jika dibandingkan dengan pemberian dividen badan-badan lain," katanya.

Pada tahun 2017, CBP telah mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan jumlah aset terkumpul sebanyak RM3.1 bilion dan pendapatan melebihi RM182 juta, peningkatan sebanyak 33 peratus atau RM45.1 juta.

Pada tahun itu, CBP mencapai keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM39.7 juta meningkat 54.5 peratus atau RM14 juta berbanding tahun sebelumnya.

CBP yang kini memiliki 22 buah cawangan di seluruh negara menyasarkan keuntungan mencecah RM100 juta menjelang tahun 2020.

CBP yang mempunyai hampir 85,000 ahli individunya dan lebih 600 buah anggota koperasi dengan jumlah modal syer dibayar heahliannya berjumlah lebih RM366 juta (2017) dijangka mampu menempatkan dirinya sebaris dengan institusi kewangan lain di negara ini.

Dalam MAPT kali ke-60 ini juga, para perwakilan akan memilih 2 orang anggota Lembaga CBP yang baharu apabila sembilan orang calon akan bertanding.

CBP yang ditubuhkan pada 7 Jun 1950 telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia sebagai sebuah bank pada September 2014.

Melalui 22 buah cawangan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, CBP menawarkan pelbagai produk pembiayaan Ar-Rahnu, deposit, syer keahlian, takaful dan wasiat kepada individu, koperasi, badan korporat, agensi kerajaan dan swasta.