Pemuda Pas persoal siapa pimpin kerjasama jika 'duduk' sebelah UMNO

Iklan
Faizzuddin Mohd Zai. FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

KUANTAN - Isu siapa yang mengetuai kerjasama Pas dan UMNO antara yang ditimbulkan perwakilan walaupun ia sudah dijawab Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perwakilan Dewan Pemuda Pas, Faizzuddin Mohd Zai ketika berbahas berkata, walaupun pimpinan Pas memberikan panduan jelas mengenainya namun masih ada yang ingin tahu siapa akan memimpin kerjasama itu.

Iklan
Iklan

"Kami anak muda ingin bertanya, hakikatnya apabila kita duduk bersebelahan dengan UMNO, siapakah yang memimpin kebangkitan rakyat ini? Kita mesti bermuhasabah, pimpinan memberikan hala tuju dan visi yang jelas.

"Tetapi ketakutan yang mesti diambil perhatian oleh kita semua ialah apabila kita duduk bersebelahan mereka, siapakah sebenarnya yang memimpin?," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan Pas ke-65 di sini hari ini

Iklan

Sehubungan itu, katanya, ucapan dasar oleh Abdul Hadi yang membawa tema 'Islam Memimpin' mesti dijadikan panduan.

"Kami ingin merujuk kepada ucapan dasar yang ditekankan presiden di bawah tajuk 'Pemerkasaan Organisasi'.

Iklan

"Ini mesti ditekankan supaya apabila kita duduk di sebelah sana dan turun membawa suara rakyat, Islam memimpin perpaduan ini dapat direalisasikan dan Islam akan menerajui Putrajaya dalam PRU15," katanya.

Semalam, Abdul Hadi menegaskan Pas tidak akan menuntut kedudukan ketua sekiranya kepimpinan Islam antara parti itu dan UMNO berjaya direalisasikan berikutan politik adalah bersifat fleksibel dan sesiapa saja boleh memimpin.