Sudahlah gagal curi ditahan polis pula

Iklan
Peralatan yang dirampas dalam dua kes oleh polis daerah Hilir Perak.

TELUK INTAN - Bukan sahaja gagal memecah masuk mencuri sarang burung walit, dua lelaki berusia 43 dan 33 tahun bernasib malang apabila ditahan pihak polis selepas tindakan mereka dirakam kamera litar terutup (CCTV).

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, kejadian berlaku pada 14 Jun lalu sekitar jam 3.30 pagi selepas pengadu melihat rakaman CCTV melalui telefon bimbit miliknya sebelum membuat laporan polis.

Iklan
Iklan

"Rakaman berkenaan menunjukkan dua lelaki terbabit cuba memecah dinding dan pintu masuk rumah burung walit di Kampung Teluk Kerdu, Hutan Melintang pada jam 3.30 pagi namun cubaan mereka gagal.

"Hasil risikan dan sisatan kedua-dua supek berjaya ditahan Sitiawan dua hari selepas kejadian pada jam 2 pagi bersama beberapa peralatan yang dirampas dipercayai digunakan melakukan pecah rumah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Menurut Mohd Marzukhi, hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki berusia 43 tahun mempunyai 19 rekod kesalahan lampau terdiri daripada 11 rekod kesalahan jenayah dan lapan rekod kesalahan narkotik.

"Manakala tangkapan kedua mempunyai satu rekod kesalahan narkotik sahaja dan kedua-dua mereka ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Iklan

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 51 tahun turut ditahan pihak polis selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk dan kecurian sarang burung walit di daerah ini.

"Lelaki tersebut ditahan sekitar jam 2.30 pagi semalam dalam satu serbuan hasil siasatan dijalankan dan suspek ditahan bersama barang rampasan di Sitiawan Perak.

"Pihak polis berjaya merampas tujuh bekas plastik mengandungi sarang burung walit dan sebuah bekas plastik mengandungi cecair sarang burung walit yang telah dimasak," katanya.

Tambahnya ketiga-tiga suspek disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan jika disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara boleh sampai 14 tahun atau boleh dikenakan denda atau sebat untuk kesalahan kali kedua.