Bomba tangkap ular tedung dalam tandas kuarters KTMB

Iklan
Ular tedung yang berjaya ditangkap oleh PPS Merapoh.

LIPIS - Kecekapan anggota Pasukan Sukarela Bomba (PPS) Merapoh menyelamatkan situasi cemas di kuarters kakitangan Keretapi Malaysia Berhad (KTMB) Merapoh, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, seekor ular tedung jenis selar berjaya ditangkap selepas ditemui di dalam tandas di kuarters terbabit.

Iklan
Iklan

Timbalan Pengerusi PPS Merapoh, Ross Raman Abdul Majid berkata, ular seberat kira-kira 10 kilogram dan sepanjang 2.4 meter itu ditemui di sebalik zink dalam tandas tersebut.

Menurutnya, beliau bersama tiga anggota PPS Merapoh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam.

Iklan
Iklan

"Kita mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap reptilia terbabit sebelum ia dilepaskan di tempat selamat," katanya.