Prolintas nafi kapal terbang tersangkut di jejantas

Iklan
Kenyataan Prolintas di laman sosialnya memaklumkan dakwaan kejadian tersebut tidak benar.

KAJANG - Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menafikan dakwaan kejadian treler membawa kapal terbang tersangkut di jejantas Sungai Ramal, di sini tadi.

Menurut kenyataan Prolintas di laman sosialnya memaklumkan dakwaan kejadian itu yang menyebabkan kesesakan teruk adalah tidak benar.

Iklan
Iklan

Trafik di sepanjang Lebuhraya Kajang SILK adalah lancar.