Kedah sedang menilai harga 'ubi' baharu

Iklan
Mohd Asmirul (kanan) menyempurnakan gimik perasmian pembukaan Proriders Auto (M) Sdn Bhd di Kompleks Perniagaan Seraya di Pendang hari ini. Turut sama dari kiri Pengarah Mara Kedah, Yahaya Sani dan Ketua Pegawai Eksekutif Proriders, Mohd Faiz Mansor.
PENDANG - Lang Merah sedang menilai beberapa lagi pemain muda untuk diletakkan harga tebus nilai yang lebih berbaloi selepas mengumumkan Mohammad Fayadh Zulkifli Amin dan Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam bakal diletakkan RM5 juta.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, langkah tersebut dilakukan bagi memastikan pihaknya tidak mengalami kerugian untuk jangka masa panjang apabila kehilangan pemain kepada pasukan lain.

"Kami tidak boleh mendedahkan nama-nama pemain muda tersebut kerana masih lagi dalam penilaian untuk diikat kontrak lebih lama termasuk meletakkan harga tebus nilai yang selayaknya ditunjukkan bersama prestasi semasa mereka.

Iklan
Iklan

"Kami melihat perkara ini sebagai salah satu keperluan dengan mengkaji kontrak antara persatuan dengan pemain, jurulatih dan pihak luar," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Proriders Auto (M) Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman yang dilakukan beliau melalui laman Facebook KFA semalam bahawa Mohamad Fayadh dan Mohd Fazrul bakal diletakkan nilai tebus RM5 Juta termasuk lanjutan kontrak dari 3 tahun kepada 5 tahun.

Iklan

Mohd Asmirul yang juga Exco Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan Kedah berkata, tindakan tersebut dilakukan berdasarkan prestasi semasa kedua-dua pemain berusia 21 tahun itu cemerlang membantu Lang Merah mengharungi aksi Liga Malaysia musim ini.

Tambahnya, proses lanjutan kontrak juga bertujuan menjaga kebajikan dan bakat setiap pemain yang bernaung di bawah persatuan itu.

Iklan