Saya tak kata polis lambat: Musa

Iklan
Musa Hassan

SHAH ALAM -"Saya tak kata polis lambat,” tegas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan beliau menuduh polis lambat bertindak dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Iklan
Iklan

"Saya tak kata polis lambat, tindakan menahan perusuh perlu diambil sesegera mungkin apabila kejadian berlaku,” katanya melalui Twitter, hari ini.

Semalam, Berita Harian melaporkan Musa berkata tindakan lewat diambil pegawai penyiasat menangkap perusuh yang terbabit mengganggu dalam mengesan individu yang melakukan kesalahan ketika rusuhan itu.

Iklan

Katanya, polis sepatutnya menangkap mereka yang terbabit dalam rusuhan ketika situasi masih panas kerana ketika itu segala maklumat masih baharu.

"Justeru paling tepat sekiranya tindakan diambil dengan lebih awal berdasarkan maklumat yang baharu. Berbanding mengesan individu dengan lambat, maklumat yang diperolehi juga sudah basi,” katanya.

Iklan

Melalui Twitter, beliau menyenaraikan tiga langkah yang diambil polis dalam situasi rusuhan mengikut keutamaan.

"Pertama, selamatkan nyawa dan harta benda mangsa. Kedua, kenalpasti perusuh, pemimpinnya dan individu yang menghasut. Ketiga, suraikan rusuhan dan buat tangkapan di lokasi,” katanya.