PUGBM atur taklimat jelas isu IPG

Iklan
Kameruzaman mempengerusikan mesyuarat berkaitan majlis taklimat IPG itu di Pejabat Risda daerah Lipis semalam.

LIPIS - Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM) dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Risda, Lembaga Getah Malaysia, Felcra dan beberapa agensi lain akan menganjurkan majlis taklimat berkaitan kenaikan kadar pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

Presidennya, Kameruzaman Ab Rahman berkata, taklimat itu diaturkan memandangkan segelintir pekebun-pekebun kecil getah ketika ini masih keliru dengan penetapan harga lantai getah pada kadar RM2.50 sekilogram oleh kerajaan yang berkuatkuasa Januari lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, terdapat pekebun kecil getah yang beranggapan harga lantai tersebut adalah harga minimum yang perlu dibayar oleh pembeli-pembeli berlesan.

"Majlis taklimat itu akan diadakan sempena Majlis Ramah Mesra Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama warga pekebun kecil di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Garang Abdul Samad, Benta, di sini 27 Jun ini bermula jam 2 petang,” katanya.

Iklan

Kameruzaman berkata, bagi tujuan persediaan dan penyelarasan majlis taklimat dan majlis ramah mesra itu, satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Risda daerah Lipis.

Katanya, pihak PUGBM meminta masyarakat pekebun kecil getah agar dapat hadir bagi mendengar maklumat terkini berkaitan industri getah.

Iklan

"Kita minta semua pekebun getah datang untuk dengar taklimat berkaitan IPG ini supaya semua pihak tidak salah faham dengan harga lantai kadar pengaktifan IPG yang dilaksanakan ini,” katanya.