KUALA LUMPUR - Penyiasatan diperlukan bagi menentukan sama ada kenaikan ketara harga simen di Sarawak berbanding di Semenanjung Malaysia adalah akibat amalan monopoli oleh pemain industri di negeri itu.
Simen, menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng adalah bahan binaan asas dan sebarang kenaikan harga simen yang ketara akan disalurkan semula secara negatif ke dalam ekonomi dan kemudiannya akan menjejaskan kuasa membeli pengguna.