Dividen ASB rendah sebab kerajaan flip flop: KJ

Iklan

KUALAL LUMPUR - Agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang paling rendah tahun ini berkait rapat dengan keyakinan pelabur dalam dan luar negara.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, ia juga ditambah dengan tindakan u-turn dan keputusan flip-flop oleh kerajaan PH yang hanya memburukkan lagi keadaan.

Iklan
Iklan

Malah, katanya, jumlah terendah ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan atau di luar jangkaan memandangkan banyak indikator dapat dilihat sepanjang tahun ini lebih-lebih lagi selepas PRU14.

"Misalnya, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada Selasa lalu jatuh ke paras terendah sejak 2016 kepada 1,635 mata. Untuk rekod, trend penurunan ini sudah berlarutan semenjak bulan Mei 2018 yang pada ketika itu menunjukkan FBM KLCI berada pada paras 1,850 mata.

Iklan

"Rentetan ini juga, banyak saham-saham syarikat GLC utama negara mengalami trend penurunan yang sama. Memandangkan ASB melabur dalam pelbagai pasaran saham termasuk di dalam syarikat GLC, ia secara langsung memberi kesan kepada nilai pelaburan dan pulangan negatif kepada ASB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, rakyat masih belum jelas apa pelan jangka masa panjang atau pakej rangsangan ekonomi akan dilaksanakan kerajaan bagi merancakkan ekonomi negara.

Iklan

"Tetapi yang kita dengar kini hanyalah projek kurun ke-20 seperti projek kereta nasional ketiga,” katanya.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.5 sen seunit bagi Skim ASB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun ini.

Menurut Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pembayaran berkenaan merangkumi jumlah pembayaran pengagihan sebanyak 7.00 sen seunit.

"Melalui pembayaran ini,akan memberi manfaat kepada 9.6 juta pemegang unit yang memiliki 155 bilion unit dalam ASB,” katanya pada majlis pengumuman agihan pendapatan ASB di Menara PNB.

Dalam pada itu, ASNB turut mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.25 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.