Rujuk pengurusan TH jika hadapi sebarang masalah

Iklan
Khalid (dua dari kanan) beramah mesra dengan tetamu yang hadir sewaktu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Shah Alam yang berlangsung di Stadium Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM - Jemaah haji disaran supaya merujuk terus dengan pengurusan Tabung Haji (TH) jika menghadapi sebarang masalah dan tidak meluahkan ketidakpuasan hati mereka di media sosial.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, tindakan pihak tertentu yang menyebarkan sesuatu perkara membabitkan TH di media sosial dilihat seolah-oleh seperti mempunyai agenda tertentu bagi memburukkan badan pengurusan haji tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, secara keseluruhan, pengurusan TH pada tahun ini dilihat tidak mempunyai perbezaan berbanding apa yang dilakukan sebelum ini.

"Malangnya di Malaysia, semua perkara nak dipolitikkan. Kadang-kadang tak ada masalah pun tapi oleh kerana mereka ini penyokong pembangkang maka perkara ini dihebohkan di mediakan sosial.

Iklan

"Kalau benar-benar ada masalah, sampaikan terus kepada pengurusan TH bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil," katanya selepas mengikuti Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Shah Alam yang berlangsung di Stadium Shah Alam hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah haji jangan sebar berita tidak puas hati terhadap TH

Iklan

Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan jemaah haji supaya tidak menyebarkan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan TH di media sosial.

Sultan Selangor bertitah perbuatan itu hanya akan merumitkan keadaan dan tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi jemaah haji.

Selain merujuk pengurusan TH, Khalid berkata, jemaah haji juga boleh memanjangkan sebarang permasalahan kepada ahli Parlimen di kawasan masing-masing.

"Mereka ini (ahli Parlimen) akan bantu untuk panjangkan permasalahan tersebut kepada pengurusan TH. Namun jika perkara ini disebar di media sosial, kita rasa ia kadang-kala seperti mempunyai agenda tertentu," katanya.