RAUB - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta ahli parti itu tidak menuding jari kepada bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak semata-semata berikutan kejatuhan parti terbesar Melayu itu.
Menurutnya, semua ahli diminta merapatkan saf dan terus bersatu dan tidak mewujudkan kumpulan atau kem dalam parti tersebut.
Iklan
Iklan
"Jangan tuding jari seorang kepada Najib seorang. Kita patutnya muhasabah diri, kita jatuh atas kesilapan kita bukan orang lain.
"Semua ada saham masing-masing, kita melakukan kesilapan bersama, Tuhan sayangkan kita dan bagi kita peluang untuk berubah...jadi dalam kekalutan PH, jangan UMNO pula huru-hara," katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian itu di sini hari ini.
Hadir sama ADUN Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin,Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Azinuddin Rahim, Ketua Pemuda, Fazli Mohd Kamal, Ketua Wanita, Zulriani Yahya, Ketua Puteri, Umi Hanisa Mokhtar dan Timbalan Yang Dipertua Pas Raub, Tengku Shah Amir Tengku Perang.