ROCKERS terkenal, Amy Search berkongsi momen penyatuan semula dengan anaknua, Nabila Huda yang berlaku pada malam Khamis lalu.
Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi A Rahman, 60, isterinya, Norhasniza Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Nourish bersama penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima telah merancang sesuatu buatnya dan anak, Nabila Huda.
"Sebelum ini di malam Jumaat (Khamis) isteri saya dan Erma merancang sesuatu untuk saya dan Abil (panggilan untuk Nabila).
"Masa itu anak-anak yang lain semua keluar tengok wayang. Saya pun hairan anak-anak tengok wayang tinggalkan saya. Rupanya ada sesuatu yang terindah akan berlaku.
"Tiba-tiba bunyi loceng, saya di berandar sedang berbual dan ternampak kelibat cucu. Rupanya hari indah yang saya bisikan pada ALLAH tiba akhirnya," tulisnya di Instagram.
Tambah Amy, lagi dia tidak berlengah dan terus memeluk Nabila dan berterima kasih kepada Nourish dan Erma kerana merancang detik indah itu.
"Berderai air mata orang tua ni. Saya peluk dia kuat-kuat. Terima kasih Nourish dan Erma untuk semua ini. Saya akan ingat sampai Jannah.
"Satu lagi untuk peminat dan semua kerabat-kerabat yang doakan indah-indah buat keluarga saya. Semoga ALLAH kurniakan anda semua yang terbaik, malah lebih dari saya," ujarnya.
Bukan itu sahaja, penyanyi yang terkenal dengan lagu Isabella ini turut meluahkan rasa syukut kerana dapat berkumpul semula sebagai satu keluarga besar.
"Malak sabtu, saya dan Abil bersama anak cucu adakan majlis kejutan hari jadi buat isteri.
"Gembira sangat dan terlalu indah momen ini. Taman hati saya dipenuhi bunga-bunga yang cantik lagi wangi.
"Ini semua ALLAH yang hadiahkan sebab ALLAH sangat suka pada orang-orang yang sabar. Syukur Alhamdulillah atas segaoa nikmat yang tak terbayangkan ini," katanya.
Sementara itu, pada ruangan komen, Nabila turut meluahkan perasaannya.
"Hari yang paling indah. Abil sayang papa. Sampai akhir nafas Abil," tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ajak Nabila ke rumah Amy, netizen puji Erma Fatima
Beginilah drama dalam hidup saya: Nabila Huda